GoPancingMalaysia.Net

MEJA PENTADBIRAN | Administrator Desk => Ucapan & Jemputan | Greetings, Invitation, etc. => Topic started by: Octopussy on August 13, 2012, 12:07:26 AM

Title: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 13, 2012, 12:07:26 AM
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!


(http://dc226.4shared.com/img/NBXhngZy/s7/kad_ucapan_hari_raya_44.jpg)


Semoga Hari Raya ini kita kecapi dengan rasa bersyukur ke hadratNya
dan kepada semua pemancing, kami di GPM mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

Drive balik kampung tu, hati-hati le...

Aku pada Raya pertama ada di Kuala Lumpur, manakala raya kedua dan ketiga
ada di Teluk Intan...jangan lupa bawa rod & reel!...

Kalau ada terserempak tu, tegur-tegur le..teman mate dah rabun sket..hehehe...

019-2723301 - Octo

;)
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Kikilala on August 13, 2012, 12:30:01 PM

(http://2.bp.blogspot.com/_vLwoCZrvbyU/TIelnASwhEI/AAAAAAAAAvs/sfZjtB0edRk/s1600/selamat-hari-raya-abu-musaddad-11.jpg)


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Warga GPM!

Macam biasa, raya pertama sampai lah ketiga aku ada di Kuantan. Raya keempat balik KL dah kena kerja adesss.

Sapa - sapa yang nak lepak minum - minum kat Kuantan dialu- alukan. Nak datang beraya pun boleh hehe.

Akhir sekali, jika ada salah dan silap dari diri ini, harap dimaafkan.

Moga perjalanan pulang ke kampung dan perjalanan balik ke rumah selamat ada nya.
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: bestfish on August 13, 2012, 12:31:45 PM
selamat hari raya untuk semua gak.. maaf zahir batin.. raya pertama aku ada kat sentul n raya kedua dah cabut balik Sg Siput.
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: abudanial on August 13, 2012, 01:44:28 PM

Pergi memancing membawa joran,
Mak Bonda teringin si Ikan Patin,
Salam Sepuluh jari ku hulurkan,
Memohon maaf Zahir & Batin.
 :friends:
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: sweetyus on August 14, 2012, 11:38:51 AM
(http://i76.photobucket.com/albums/j8/yus_77/selamat-hari-raya-2012.jpg)

Bagi mereka yg dekat2 tu, jemput laa datang ke rumah nyerr  ;)
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 14, 2012, 03:54:46 PM
Yang dekat-dekat aje jemput? yang jauh tak jemput ke? hemm...nyampahh..
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: sweetyus on August 14, 2012, 04:21:56 PM
Yg jauh2 tu kalau dah ada dekat2, dijemput jugak..
Bukan apa Oct, sat g kalau ajak yg jauh jenuh nk kena mai hehe..
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: panglimaghaib on August 15, 2012, 01:14:17 PM
Selamat hari raya kawan2 smua..mintak maaf kalau byk kata2 yg kasar pernah sy tujukan secara langsung dan jgk x langsung..halalkan makan dan minum..yang balik kampung tu hati2 memandu..sapa2 yg ada kt k.l bole halo2..kepada 'orang tua' AbuD, mintk maaf sb sy byk mengumpat masa d rompin ari tu..hehehe..jgn mara aaa...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: farid71 on August 15, 2012, 02:22:23 PM
Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua Sahabat2 di GPM!

Thn ni blk Keterah Kelate rumah mertua...hari ke4 dh blk KL...

Semoga dihari lembaran yg akan dtg ni memberi makna kpd kita...

Akhir sekali Maaf Zahir & Batin!
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 15, 2012, 02:55:30 PM
Selamat hari raya kawan2 smua..mintak maaf kalau byk kata2 yg kasar pernah sy tujukan secara langsung dan jgk x langsung..halalkan makan dan minum..yang balik kampung tu hati2 memandu..sapa2 yg ada kt k.l bole halo2..kepada 'orang tua' AbuD, mintk maaf sb sy byk mengumpat masa d rompin ari tu..hehehe..jgn mara aaa...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..

Memanggggg......
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: faizan on August 15, 2012, 03:16:17 PM
sama eh.... aku nak mintak maaf jugak kat semua.....
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 15, 2012, 03:32:35 PM
Faizan, mohon maaf zair batin...
Dah laku blum DogFight? hehehehe...
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: faizan on August 15, 2012, 04:05:24 PM
 :58: he he ada 3 oper..... lepas raya baru jual... serba salah gak.... sayang jugak aku kat dog tu....
selamat semuanya ....
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 15, 2012, 04:20:45 PM
Jangan sayang2...jual dog, beli cat...senang bagi makan...hehehe...
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 16, 2012, 09:13:18 AM
(http://2.bp.blogspot.com/-xtqUPyqnWfY/TkXijJraRhI/AAAAAAAACYA/Ah15ARea7to/s640/jalan-masjid-india.jpg)
Jangan membazir melampau-lampau wehhhh...

(http://zain.zenfolio.com/img/s8/v10/p286927611-3.jpg)
Shopping Raya?...erghh...gila aaa....



(http://4.bp.blogspot.com/-puS5s8wMCbE/UBtHl7hJoHI/AAAAAAAAAaU/dxsfMN_hTGU/s640/Bangladesh+Train.jpg)
Seb baik bukan kat Malaysia...

(http://farm4.staticflickr.com/3143/2914006071_c42f0da8ba.jpg)
Layan syahdu laa...balik kampungg....



Aku rasa ramai dah start cuti arini...aku je keje lagi...alahaiii.....  :character0029:
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: shamrilz on August 16, 2012, 09:26:35 AM
selamat hari raya di ucapkan kepada semua kengkawan yang mengenali diri ini samada jauh mahu pun dekat dengan ucapan "maaf zahir dan batin"
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: eddie on August 16, 2012, 10:43:59 AM
Assalammualaikum....

Pertama.. Nak mintak maaf kat semua serta kat para2 shogun pasai lama x jengah masuk forum. Dok sibuk sikit time bulan pose tolong abg berniaga.

Kedua.. Nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri serta maaf zahir batin kepada semua forumer GPM. Memandulah dgn selamat. Hehehe...

Ketiga.. Raya kedua aku dah nak pi terjah kolam taman u. Kalau sesapa yg xde kampung cam aku. Hanya beraya di kl nak follow jom ler.
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 16, 2012, 08:39:24 PM
Sedikit panduan amalan di Aidil Fitri...

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya
iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang
menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW
menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti
persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini
adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci
oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a
keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir
sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya
mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang
digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum"
ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".


(http://2.bp.blogspot.com/_TGAdE60m_fo/TIzVCJq7P7I/AAAAAAAAAH8/X8IdjDkHAHQ/s1600/pengajaran+dari+Nabi+Ibrahim.jpg)

Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada
hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka",
 baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang
indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat
memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW
biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari
raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: akek on August 16, 2012, 10:04:54 PM
(http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/6079_10151022938367730_799729662_n.jpg)

Selamat Menyambut Eid fitri....
Maaf Zahir Batin pada semua ahlul GPM
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 17, 2012, 01:31:15 AM
Rayo lepak mano bai? kek Bangi aje?
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: akek on August 17, 2012, 09:25:56 AM
Rayo di Bangi.....pagi ke Kajang, rumah family...pas tu gi rumah adek beradek sekitar kelumpo ....petang agak free...meh datang rumah bai.....
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 17, 2012, 12:15:11 PM
InsyaAllah, umur panjang buleh le bertandang ke sanun...

Petang isnin turun casting ala bottom...huhuhuh...
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: akek on August 17, 2012, 04:34:00 PM
InsyaAllah, umur panjang buleh le bertandang ke sanun...

Petang isnin turun casting ala bottom...huhuhuh...
kek mano tu...
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: abudanial on August 17, 2012, 05:25:08 PM
 :1rij:

Raya !!

Raya !!

Raya nie balik Kampung Pandan . .

 :s_laugh: :s_laugh:
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 19, 2012, 02:01:41 AM
InsyaAllah, umur panjang buleh le bertandang ke sanun...

Petang isnin turun casting ala bottom...huhuhuh...
kek mano tu...

Entah le...tatau lagik...ehhehehe... ;)


Selamat Hari Raya semuo!
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Kikilala on August 19, 2012, 07:57:25 PM
Semalam dan hari nie dok makan daging kijang bakar di tepi laut.
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: Octopussy on August 23, 2012, 11:23:42 AM
Ada lagi yang tengah beraya..hmm..

Semalam di lebuhraya, jalan masih penuh dengan kereta bersesak2..

(http://2.bp.blogspot.com/_QiJ2bviTaME/TICdyhhxw5I/AAAAAAAAAMY/vxd3GGMZq1I/s1600/Balik+Raya+Haji-1.jpg)
Title: Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
Post by: kejor on August 23, 2012, 09:27:13 PM
Salam Aidilfitri untuk Semua..... Mohon jutaan kemaafan jika ada kekilafan