Author Topic: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]  (Read 255 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline abudanial

  • Ronin Aji
  • ******
  • Posts: 1890
  • Biar Putus Taly, Janjy Dapat Ikan Best
Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« on: July 17, 2012, 10:57:43 AM »
Kepada Semua Warga GoPancingMalaysia..

Sempena menyambut Ramadhan, saya memohon banyak banyak maaf sekiranya terkasar bahasa, terkutuk terlebih, terasa disindir, termakan dan terminum.

Semoga kita semua diberkati Allah dan mendapat Redha dari Nya pada bulan yang mulia ini.  Puasa jangan tinggal !


My wish for you this ramadhan is that you are gifted with Blessings of Allah with many treasured moments of joy.

Ramadhan Mubarak !


Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #1 on: July 17, 2012, 11:13:33 AM »


Juga saya tumpang ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Semoga kita semua mendapat rahmat dan kurniaNya untuk terus 'survive'
dalam dunia yang semakin menggila kini...

InsyaAllah penuhkan bulan puasa ini dengan amalan2 yang kita tak selalu buat..
bukan amalan jahat, tapi amalan baik-baik belaka...

Bersedekah banyak2....

AbuDanial, sedekah le rod felai tu kat aku...pahala....


Offline abudanial

  • Ronin Aji
  • ******
  • Posts: 1890
  • Biar Putus Taly, Janjy Dapat Ikan Best
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #2 on: July 17, 2012, 11:54:16 AM »
bra octo,

Oh nak rod fly tu yer ... heheheh ... Oh tidak boleh.. saya dah passing pada anak saya.. kalau panjang umor murah rezeki, kita beli lain... no hals..


Juga untuk makluman tuan tuan dan puan puan, hari jadi saya jatuh pada minggu pertama bulan Ramadhan..    :birthday:  upacara potong kek dan pulut kuning, hidangan kecil kecilan dan western lunch selepas Zohor ... semua dijemput hadir .. maklumat terkini akan diberitahu kelak..

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #3 on: July 17, 2012, 01:20:03 PM »
Selepas Zohor tu kira cantek la tuh...datang bacakan doa selamat, makanan tapau
bawa balik untuk berbuka...huhuhu....

Selamat harijadi ke-29....



;)

Offline Kikilala

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 3809
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #4 on: July 17, 2012, 01:28:34 PM »
Salah tu Octo....selamat menyambut ulang tahun ke 25.

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #5 on: July 17, 2012, 01:34:30 PM »
Laaa...tambah muda lagi......syilapss...

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #6 on: July 17, 2012, 01:39:05 PM »
Sikit panduan untuk semua untuk menjaga diri supaya tak selalu salah anggap sesama manusia...

Petikan dari kitab karangan Imam Al Ghazali sebagai panduan utk mengelak sikap takabur atau sombong diri:



1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.
Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.

2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia
lebih lama beribadah daripada kita.

3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak
ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

4. Jika kita melihat orang yang jahil, janganlah anggap atau merasa diri mulia atau lebih baik daripadanya,
kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa
dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa diri mulia atau lebih baik daripadanya,
tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari
perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya,
mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran
dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan
balasan pahala belum tentu lagi.



Offline abudanial

  • Ronin Aji
  • ******
  • Posts: 1890
  • Biar Putus Taly, Janjy Dapat Ikan Best
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #7 on: July 17, 2012, 03:30:10 PM »

Untuk Ramadhan ini..

Perbanyakkan Doa,

Perbanyakkan Sedekah

Perbanyakkan Zikir & istigfar



Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #8 on: July 19, 2012, 09:30:23 PM »
PENGUMUMAN PUASA 2012 | 1433 Hijrah


Pengumuman Puasa 2012 | 1433H
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21hb. Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong dan setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu telah disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Selamat berpuasa semua!

Ahlan wa sahlan ya? ramadhan..kadang-kadang tak di nafikan niat puasa bulan ramadhan ni ada yang terlupa terutamanya anak-anak. Orang tua pun ada gak kann..

Lafaz Niat Puasa
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :

Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum memulakan puasa yang pertama. Apabila baca niat ini,  dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.

(Tulisan arab tak ado laie nih...)
Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :
Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Kalau nak mudah, baca sahaja lafaz niat puasa untuk sebulan, mana tau nanti terlupa terutama yang muda belia/bujang yang tidak menetap dengan keluarga.  Kadang-kadang terlajak bangun selepas habis imsak ataupun bila azan Subuh berkumandang.

(Tulisan arab tak ado laie nih...)
Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa (Seorang) :

Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Berbuka Puasa (Ramai) :
Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.
Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Doa selepas berbuka puasa :

Doa Lepas Buka Puasa
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

*****************************************

Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.


Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan).


Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.


Selamat Beribadah!

;)

Offline abudanial

  • Ronin Aji
  • ******
  • Posts: 1890
  • Biar Putus Taly, Janjy Dapat Ikan Best
Re: Selamat Menyambut Ramadhan 1433 [2012]
« Reply #9 on: July 20, 2012, 12:00:59 PM »




 :angel:

 


Happy Birthday GPM Forumers!

Powered by EzPortal