Author Topic: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!  (Read 328 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline faizan

  • Iwashi
  • *
  • Posts: 8
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #10 on: August 15, 2012, 03:16:17 PM »
sama eh.... aku nak mintak maaf jugak kat semua.....

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #11 on: August 15, 2012, 03:32:35 PM »
Faizan, mohon maaf zair batin...
Dah laku blum DogFight? hehehehe...

Offline faizan

  • Iwashi
  • *
  • Posts: 8
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #12 on: August 15, 2012, 04:05:24 PM »
 :58: he he ada 3 oper..... lepas raya baru jual... serba salah gak.... sayang jugak aku kat dog tu....
selamat semuanya ....

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #13 on: August 15, 2012, 04:20:45 PM »
Jangan sayang2...jual dog, beli cat...senang bagi makan...hehehe...

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #14 on: August 16, 2012, 09:13:18 AM »

Jangan membazir melampau-lampau wehhhh...


Shopping Raya?...erghh...gila aaa....




Seb baik bukan kat Malaysia...


Layan syahdu laa...balik kampungg....



Aku rasa ramai dah start cuti arini...aku je keje lagi...alahaiii.....  :character0029:

Offline shamrilz

  • Maguro
  • ***
  • Posts: 111
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #15 on: August 16, 2012, 09:26:35 AM »
selamat hari raya di ucapkan kepada semua kengkawan yang mengenali diri ini samada jauh mahu pun dekat dengan ucapan "maaf zahir dan batin"

Offline eddie

  • SAMURAI I-Administrator
  • Kihada Maguro
  • ****
  • Posts: 930
  • Release The GT's !
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #16 on: August 16, 2012, 10:43:59 AM »
Assalammualaikum....

Pertama.. Nak mintak maaf kat semua serta kat para2 shogun pasai lama x jengah masuk forum. Dok sibuk sikit time bulan pose tolong abg berniaga.

Kedua.. Nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri serta maaf zahir batin kepada semua forumer GPM. Memandulah dgn selamat. Hehehe...

Ketiga.. Raya kedua aku dah nak pi terjah kolam taman u. Kalau sesapa yg xde kampung cam aku. Hanya beraya di kl nak follow jom ler.

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #17 on: August 16, 2012, 08:39:24 PM »
Sedikit panduan amalan di Aidil Fitri...

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya
iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang
menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW
menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti
persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini
adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci
oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a
keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir
sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya
mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang
digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum"
ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".




Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada
hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka",
 baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang
indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat
memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW
biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari
raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Offline akek

  • Sawara
  • **
  • Posts: 64
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #18 on: August 16, 2012, 10:04:54 PM »


Selamat Menyambut Eid fitri....
Maaf Zahir Batin pada semua ahlul GPM

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua!
« Reply #19 on: August 17, 2012, 01:31:15 AM »
Rayo lepak mano bai? kek Bangi aje?

 


Happy Birthday GPM Forumers!

Powered by EzPortal