Author Topic: Program Konservasi Tasik Titiwangsa (PEMM)  (Read 116 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline eddie

  • SAMURAI I-Administrator
  • Kihada Maguro
  • ****
  • Posts: 930
  • Release The GT's !
Program Konservasi Tasik Titiwangsa (PEMM)
« on: February 14, 2013, 12:36:21 PM »
Copy paste dari facebook GPM

Selamat bertemu kembali kepada semua rakan-rakan pancing seluruh Malaysia. Dengan rasminya, ingin kami mengumumkan bahawa Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Program Konservarsi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mengeluarkan ikan-ikan Toman dan Peacock Bass dari tasik berkenaan untuk dipindahkan ke tasik-tasik lain yang telah dikenal pasti oleh PeMM. Program Konservarsi ini adalah lanjutan dari program pertama yang telah dijalankan pada penghujung 2012 dan akan diteruskan dari masa kesemasa.

Oleh yang demikian, pihak PeMM menjemput kaki-kaki pancing untuk menjadi sebahagian drpd program ini. Caj permit minimum iaitu sebanyak RM20 dikenakan untuk para peserta program. Maklumat lanjut seperti yang berikut :

Tarikh : 16hb March 2013 (Sabtu)
Tempat : Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Masa : 7.30pagi - 1.00 tengahari
Bayaran : RM20 seorang

Sila ambil perhatian :

1) Ini BUKAN pertandingan. Tiada hadiah atau apa-apa ganjaran yang disediakan. Hanya teknik casting yang dibenarkan.

2) Hanya spesis toman dan peacock bass yang dibenarkan untuk dikeluarkan. Spesis-spesis lain diwajibkan untuk dilepaskan semula kedalam tasik.

3) Kaunter pembayaran tidak akan dibuka pada hari program. Sesalinan senarai nama akan diserahkan kepada DBKL beberapa hari sebelum program.

4) Peserta akan diberikan tag pada hari program. Peserta tanpa tag TIDAK dibenarkan memancing. Tindakan akan diambil pada yang tidak mematuhi peraturan ini oleh marshall PeMM dan DBKL.

5) Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran ialah pada 13hb March 2013 jam 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Muliati Mohd Olwi (017-3597451) atau Nankairel Krill (017-3065546).

Offline eddie

  • SAMURAI I-Administrator
  • Kihada Maguro
  • ****
  • Posts: 930
  • Release The GT's !
Re: Program Konservasi Tasik Titiwangsa (PEMM)
« Reply #1 on: February 14, 2013, 01:04:16 PM »
Ada sesiapa berminat nak pi ?

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: Program Konservasi Tasik Titiwangsa (PEMM)
« Reply #2 on: February 14, 2013, 02:15:24 PM »
That time aku tadak...Dah ke Surabaya untuk 3 minggu.
So, sapa2 yang nak folo and support, teruskan usaha anda..

:)

Offline abudanial

  • Ronin Aji
  • ******
  • Posts: 1890
  • Biar Putus Taly, Janjy Dapat Ikan Best
Re: Program Konservasi Tasik Titiwangsa (PEMM)
« Reply #3 on: February 14, 2013, 04:01:53 PM »
terikh tutup 13 mac ...

amacam ?

saya nak join ...

Offline Octopussy

  • Executive Member of
  • SHOGUN Council
  • Ronin Aji
  • *****
  • Posts: 6199
  • GPM's Administration
Re: Program Konservasi Tasik Titiwangsa (PEMM)
« Reply #4 on: February 14, 2013, 05:15:48 PM »
terikh tutup 13 mac ...

amacam ?

saya nak join ...


Join bawa rod reel and cast...takde bawa kamera... hihihi..  :s_laugh:

 


Happy Birthday GPM Forumers!

Powered by EzPortal